Saturday, August 24, 2013

FENOMENA ANEH SEMENJAK TAHUN 2012


Tidakkah kita gerun melihat pelbagai kejadian aneh yang terjadi bermula pada tahun 2012?  Apakah makna tersirat disebalik fenomena ini? Makna, tanda dan persoalan yang perlu kita kaji untuk memahami maksudnya. Segala apa yang berlaku mesti ada sebabnya....dan hikmahnya.

Mengapa ada satu ketika dalam tahun 2012 bumi menjadi lebih panas? mungkin kerana terjadinya letusan dan "tornado" (seperti puting beliung) di matahari. Kita tidak mengetahuinya jika tidak dikaji dan dicari. Bunyi-bunyi pelik yang terdapat di merata tempat juga menjadi tanda tanya. 

Mengenai awan yang berupa ombak yang terjadi di Birmingham Alabama dan di Florida, mungkin mengisyaratkan bahawa tempat tersebut akan dilanda tsunami. Kejadian pelik ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Tiba-tiba pula, pada bulan Februari 2012, Benua Eropah dilanda musim sejuk yang sangat sejuk. Laut pun boleh BEKU! Ini amat ganjil. Apakah ada sesuatu yang berlaku di lautan yang menyebabkan banyak hidupan laut terdampar dan mati di persisiran pantai? Jutaan burung yang berterbangan tidak keruan di Kentucky dan jutaan ikan lumba-lumba yang berenang di permukaan
laut di California turut mengelirukan orang ramai. 

Oleh itu, perlulah kita tingkatkan perlindungan spiritual kita agar dapat melepasi zon bencana dengan bantuan dan perlindungan-Nya dan berdoa agar dapat merasai zaman kegemilangan selepas kemunculan Imam Mahdi... Solawat