Wednesday, December 30, 2009

FOKUS SEBENAR




Gambar ini lebih jelas kelihatan dibandingkan gambar sebelumnya. Kami akan membiarkan daerah ketidakpastian ini terbuka begitu sahaja kerana tiada yang terdesak untuk mencari kepastiannya.
Begitu juga gambar kubur-kubur diluar bangunan yang dikatakan adalah kubur nabi2 yang berada didalam kawasan yahudi. Maka kami juga tidak akan berlama-lama membicarakan hal ini. Namun apa yang lebih mendesak ialah kajian terperinci apakah yang telah berlaku pada Nabi Muhammad saw dan juga Nabi-nabi yang lainnya didalam hidup mereka seperti yang telah dilapurkan secara ilmiah melalui sumber2 yang ada dizaman kita yang serba canggih ini. Apakah mustahil kita mengenal apa yang telah terjadi sebenarnya kepada insan-insan ikutan manusia ini... Semoga Allah membimbing kami seterusnya.







MAKLUMAT VS KEPASTIAN

Dalam masa beberapa minit sahaja kami sudah menemukan pendapat2 tentang gambar2 kubur nabi ini. Satu pendapat dalam blog menyatakan gambar kubur ini bukanlah kubur Nabi Muhammad tetapi adalah kubur seorang soleh yang tidak disebut namanya.
Kami mengambil hanya sedikit masa untuk mentelaah tentang topik ini, iaitu tentang gambar kubur nabi kerana ianya bukanlah fokus kajian kami sebagai pengkaji. Namun apa yang menarik adalah pantasnya mendapat maklumat dan tindakbalas ilmiah... tetapi mencari kepastian perlukan analisa seterusnya apalagi dalam hal2 yang amat terselindung oleh sejarah dan pencipta2 teks sejarah serta yang menguasai zaman tersebut... semoga kita tidak terkabur.

KUBUR NABI


Kami belum dapat mempastikan apakah benar ini pemandangan didalam kawasan kubur nabi. Mungkin ada yang dapat membantu mengesahkannya.
Namun apa yang menjadi kepastian adalah cinta dan rindu kami telah menghangatkan kami untuk membuat kajian demi kajian sehingga habis usia kami menjadi PENGKAJI sekali gus PENGIKUT Nabi Muhammad saw yang sebenar. Kami ingin bertekat bahawa akan mengkaji sedalam-dalamnya tentang Rasul terakhir ini dan segala yang bersangkutan dengannya.
Kerana zaman ini zaman yang amat canggih rasanya tiada banyak halangan dari sudut ilmiah untuk menjadi seorang pengkaji yang akan menemui rasul kesayangannya dari sudut ilmiah. Kami mengharapkan bimbingan Allah dan juga rakan cyber yang dapat membantu.
Dari sini kami bermula semoga akan menemukan kaedah-kaedah kajian dan sumber2 yang ada di maya dan sebarang dokumen lainnya. Pandangan2 dari semua yang melintasi daerah ini juga diharap dapat membantu insyaAllah. Semoga jadi bekalan habuan akhirat dan alam barzakh yang sangat misteri. Salaam.