Saturday, August 24, 2013

FENOMENA ANEH SEMENJAK TAHUN 2012


Tidakkah kita gerun melihat pelbagai kejadian aneh yang terjadi bermula pada tahun 2012?  Apakah makna tersirat disebalik fenomena ini? Makna, tanda dan persoalan yang perlu kita kaji untuk memahami maksudnya. Segala apa yang berlaku mesti ada sebabnya....dan hikmahnya.

Mengapa ada satu ketika dalam tahun 2012 bumi menjadi lebih panas? mungkin kerana terjadinya letusan dan "tornado" (seperti puting beliung) di matahari. Kita tidak mengetahuinya jika tidak dikaji dan dicari. Bunyi-bunyi pelik yang terdapat di merata tempat juga menjadi tanda tanya. 

Mengenai awan yang berupa ombak yang terjadi di Birmingham Alabama dan di Florida, mungkin mengisyaratkan bahawa tempat tersebut akan dilanda tsunami. Kejadian pelik ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Tiba-tiba pula, pada bulan Februari 2012, Benua Eropah dilanda musim sejuk yang sangat sejuk. Laut pun boleh BEKU! Ini amat ganjil. Apakah ada sesuatu yang berlaku di lautan yang menyebabkan banyak hidupan laut terdampar dan mati di persisiran pantai? Jutaan burung yang berterbangan tidak keruan di Kentucky dan jutaan ikan lumba-lumba yang berenang di permukaan
laut di California turut mengelirukan orang ramai. 

Oleh itu, perlulah kita tingkatkan perlindungan spiritual kita agar dapat melepasi zon bencana dengan bantuan dan perlindungan-Nya dan berdoa agar dapat merasai zaman kegemilangan selepas kemunculan Imam Mahdi... Solawat

Sunday, January 17, 2010

Jika anda seorang PENGKAJI... dapatkah membaca alamat...







Kalau entri ini terlalu jauh jangkauannya maafkan daku...
Ianya telah tercatit dalam lembaran2 kitab ulamaa' silam untuk tatapan PENGKAJI yang tulus...


ALAMAT-ALAMAT BENCANA DALAM SETAHUN...

Ketahuilah apabila bintang Zuhrah seiring dengan bintang Marikh pada satu buruj, maka binasalah Raja Rom atau bencana yang besar menimpa negara Rom.
Apabila Zuhrah seiring dengan Zuhal, maka pada tahun itu akan berlaku kesusahan dan kesempitan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan al-Musytari, maka orang ramai akan mendapat kesenangan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan 'Atarid, maka akan berlaku pertumpahan darah dan pembukaan yang besar.
Apabila Bahram seiring Zuhal pada satu buruj, maka raja yang buminya bertepatan dengan buruj akan binasa.
Apabila Zuhal dan 'Atarid berhimpun, akan berlaku ketakutan dan kesusahan kepada pedagang-pedagang, demikian juga akan berlaku kepada ahli sastera.

Apabila berhimpun Zuhal dan al-Musytari pada satu buruj, dunia akan berubah di dalam semua keadaan dan urusan manusia juga akan mengalami perkara yang sama. Keluar pemberontak pembelot dari segenap penjuru terutama di Jilan dan Dailam. Mereka membunuh orang ramai dengan kejam, melahirkan ketakutan dan kesusahan, tabiat orang ramai akan berubah, akan hilang sifat malu dan kemanusiaan. Sifat tamak menguasai. Akan bertambah kerosakan, terutamanya perempuan sehingga mereka menggugurkan anak-anak mereka, melahirkan anak-anak haram, menumpahkan darah, pembunuhan dan kelaparan.

Apabila berhimpun al-Musytari dan 'Atarid dunia akan ditimpa penyakit taun dan berlaku permusuhan di kalangan manusia.
Apabila bulan menaiki di atas Zuhal, raja segala raja akan mati.
Apabila berhimpun Bahram dan 'Atarid pada Scorpio, maka itu adalah bukti pembunuhan Raja Babylon.
Apabila al-Musytari dan Zuhrah berhimpun pada Scorpio, itu adalah bukti ketakutan dan penyakit di Babylon.
Apabila berhimpun matahari ke arah Scorpio, itu adalah bukti perpecahan Rom dan pembunuhan raja mereka.
Apabila berhimpun Marikh dan 'Atarid kearah Scorpio, itu adalah bukti kemusnahan istana raja Babylon dan Farsi.
Apabila berhimpun matahari dan bulan ke arah Scorpio dan Bahram pada Saratan, maka jika anda mampu untuk memasuki mana-mana lubang di bumi, maka anda boleh melakukannya.
Apabila Zuhrah dan al-Musytari berhimpun, maka perempuan-perempuan menjadi takut kepada suami-suami mereka secara permusuhan.
Apabila turunnya Kiyawan al-Tarfah, maka akan berlakulah taun di Iraq dan ramai akan mati.
Apabila turunnya al-Tarfah ke atas yang lain, maka akan berlaku di bumi Iraq pembunuhan dan fitnah.
Apabila turunnya al-Nathbarah, akan bertukar wilayah di Iraq dan orang ramai akan menghadapi bala yang besar..... (*ada lagi..)


Mungkin saja ungkapan-ungkapan alamat-alamat bencana ini mengundang rasa kepelikan-kepelikan yang memerlukan kajian terperinci, ilmu astronomi dan menghubung-kaitkan semua maklumat2 kejadian dunia. Mungkin saja kejadian2 itu sudah pun berlaku...
atau berhenti saja dari memeningkan kepala mengkajinya...

Apa pun kita tidak terlepas dari usaha2 atau aktiviti2 melalui Qadar2 Allah yang telah ditetapkan ukuran2nya, dan bila kita laksanakan akan terjadilah Qadha'Nya(ketentuanNya)..(*rujuk perbahasan Qadha' dan Qadar)

Cumanya pergerakan dunia kearah malapetaka,kemusnahan,kemerosotan dan pelbagai kejadian2 yang menakutkan kita telah mengundang rasa tanda-tanya apakah bentuk kemusnahan yang diluar kawalan kita ini dapat difahami lebih awal melalui isyarat-isyarat seperti diatas.... apakah ada "significant"...

Kami kongsikan seluas-luasnya untuk yang sudi membuat KAJIAN...
sekian dulu...

Monday, January 4, 2010

BATU IKUT NABI TERBANG

Salaam kembali.
1. Melihat batu ini, ada tandatanya.. Apakah benar inilah batu yang ingin ikut Nabi Muhammad saw ketika isra'-mi'raj... Kalau benar kenapa tidak dapat kita melihatnya secara dekat2. Ada yang kata batu ini dalam kawasan larangan yang dikuasai yahudi, ada yang kata batu ini adalah yang telah dibina "Dome of Rock" (lihat gambar bawah) disekitarnya dengan tujuan tidak mengejutkan orang2 yang melihatnya... "seperti terjadi, seorang perempuan telah "terbersalin" apabila melihatnya dari dekat.."

2. Ada yang berpendapat gambar ini dan "foundation stone"(menurut istilah orang yahudi) dalam "Dome of Rock" (gambar bawah), tidak sama kerana ia dibina di zaman Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada abad ke-7 oleh Yazid Ibn Salam dan Raja Ibn Haywah Al-Kindi... sedangkan gambar batu terapung ini nampak seperti zaman moden berlatarbelakangkan kereta putih... ...atau apakah ini gambar "super-impose".

3. Sekali lagi kami ingin mengutarakan isu "focus" dan "outcast"... serta tamsilan yang menyinar disebalik isu ini.


Dengarkan dan cuba teliti..

Kami akan menghabiskan usia kami untuk menelusuri dan membuktikan yang ini...




4. Telah kami sebutkan adalah kurang wajar kita membesarkan pengkajian terhadap perkara2 "outcast" dengan meninggalkan "focus" dan amatlah malang sekali jika perkara2 yang begitu jelas terserlah kebenarannya namun kita tidak dapat menikmatinya.... duhai apalah hebatnya dosa2 kita...
5. Kembali kepada isunya... Jika benar seperti yang telah kita diajarkan, bahawa batu yang ingin ikut Nabi kelangit itu terus tergantung hingga sekarang... maka ini suatu mukjizat "visual" yang besar ujud pada hari ini, tanda kebenaran isra'-mi'raj makin dikukuhkan dan kebenaran Islam itu makin terlihat secara fizikal serta dihadapan mata.... Namun kerana ujian yang Allah telah tentukan, perkara "melihat batu tergantung diudara" tidak mudah kita perolehi... skandal penutupan tanda2 kebesaran islam ini suatu kemungkinan besar sengaja dilakukan supaya islam sebagai agama sebenar terlindung dari manusia.
6. Fokus kami adalah: "Ketika kita meyakini segala yang terjadi pada Nabi Muhammad saw, keluarganya, sahabat2nya, seperti yang telah diajarkan oleh guru2 kita, apa tidak terlintaskah di benak kita suatu keadaan dimana fakta2 kebenaran yang telah terlindung oleh penutupan2 dan versi2 ciptaan manusia beragenda "terutama pemerintah2 zalim" di sepanjang zaman, sehingga kita seperti tidak dapat melihat batu tergantung tetapi ia benar2 ujud dan kita mengetahui sipi2 tentangnya"
Cerita tentang Nabi Muhammad saw dan segala yang berlaku dizamannya serta riwayat2 asli yang tersimpan dalam khazanah2 ilmu peliharaan Allah, kisah2 perlarian keluarganya, pembawa2 ajarannya yang sebenar yang dihambat sepanjang sejarah... semua ini dapat kita hirup dengan "pengkajian oleh aqal murni" sebagai insan yang "mukhlis"(ikhlas) mengharapkan Allah akan membukakan maklumat sebenar, maka tiada alasan lagi kita tidak menemui versi asli: Muhammad dan kisah sebenar yang terjadi kepadanya..... kerana ia terang2 dapat di hidu oleh pengkaji2 mukhliseen yang menggunakan aqal... dan ianya dapat dihimpun,ditapis,dihubungkan dan dibentangkan diantara semua kitab2 yang ada dihadapan kita...Aqal yang sahih akan tetap mengenal... dengan syarat Allah swt mengizinkan...

Tidak mustahil menemui Nabi Muhammad saw dalam versi yang sebenar..... semoga Allah membimbing kita dalam penutupan2 dan kepelbagaian versi yang dahsyat ini... ameen.






Wednesday, December 30, 2009

FOKUS SEBENAR




Gambar ini lebih jelas kelihatan dibandingkan gambar sebelumnya. Kami akan membiarkan daerah ketidakpastian ini terbuka begitu sahaja kerana tiada yang terdesak untuk mencari kepastiannya.
Begitu juga gambar kubur-kubur diluar bangunan yang dikatakan adalah kubur nabi2 yang berada didalam kawasan yahudi. Maka kami juga tidak akan berlama-lama membicarakan hal ini. Namun apa yang lebih mendesak ialah kajian terperinci apakah yang telah berlaku pada Nabi Muhammad saw dan juga Nabi-nabi yang lainnya didalam hidup mereka seperti yang telah dilapurkan secara ilmiah melalui sumber2 yang ada dizaman kita yang serba canggih ini. Apakah mustahil kita mengenal apa yang telah terjadi sebenarnya kepada insan-insan ikutan manusia ini... Semoga Allah membimbing kami seterusnya.







MAKLUMAT VS KEPASTIAN

Dalam masa beberapa minit sahaja kami sudah menemukan pendapat2 tentang gambar2 kubur nabi ini. Satu pendapat dalam blog menyatakan gambar kubur ini bukanlah kubur Nabi Muhammad tetapi adalah kubur seorang soleh yang tidak disebut namanya.
Kami mengambil hanya sedikit masa untuk mentelaah tentang topik ini, iaitu tentang gambar kubur nabi kerana ianya bukanlah fokus kajian kami sebagai pengkaji. Namun apa yang menarik adalah pantasnya mendapat maklumat dan tindakbalas ilmiah... tetapi mencari kepastian perlukan analisa seterusnya apalagi dalam hal2 yang amat terselindung oleh sejarah dan pencipta2 teks sejarah serta yang menguasai zaman tersebut... semoga kita tidak terkabur.

KUBUR NABI


Kami belum dapat mempastikan apakah benar ini pemandangan didalam kawasan kubur nabi. Mungkin ada yang dapat membantu mengesahkannya.
Namun apa yang menjadi kepastian adalah cinta dan rindu kami telah menghangatkan kami untuk membuat kajian demi kajian sehingga habis usia kami menjadi PENGKAJI sekali gus PENGIKUT Nabi Muhammad saw yang sebenar. Kami ingin bertekat bahawa akan mengkaji sedalam-dalamnya tentang Rasul terakhir ini dan segala yang bersangkutan dengannya.
Kerana zaman ini zaman yang amat canggih rasanya tiada banyak halangan dari sudut ilmiah untuk menjadi seorang pengkaji yang akan menemui rasul kesayangannya dari sudut ilmiah. Kami mengharapkan bimbingan Allah dan juga rakan cyber yang dapat membantu.
Dari sini kami bermula semoga akan menemukan kaedah-kaedah kajian dan sumber2 yang ada di maya dan sebarang dokumen lainnya. Pandangan2 dari semua yang melintasi daerah ini juga diharap dapat membantu insyaAllah. Semoga jadi bekalan habuan akhirat dan alam barzakh yang sangat misteri. Salaam.