Sunday, January 17, 2010

Jika anda seorang PENGKAJI... dapatkah membaca alamat...







Kalau entri ini terlalu jauh jangkauannya maafkan daku...
Ianya telah tercatit dalam lembaran2 kitab ulamaa' silam untuk tatapan PENGKAJI yang tulus...


ALAMAT-ALAMAT BENCANA DALAM SETAHUN...

Ketahuilah apabila bintang Zuhrah seiring dengan bintang Marikh pada satu buruj, maka binasalah Raja Rom atau bencana yang besar menimpa negara Rom.
Apabila Zuhrah seiring dengan Zuhal, maka pada tahun itu akan berlaku kesusahan dan kesempitan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan al-Musytari, maka orang ramai akan mendapat kesenangan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan 'Atarid, maka akan berlaku pertumpahan darah dan pembukaan yang besar.
Apabila Bahram seiring Zuhal pada satu buruj, maka raja yang buminya bertepatan dengan buruj akan binasa.
Apabila Zuhal dan 'Atarid berhimpun, akan berlaku ketakutan dan kesusahan kepada pedagang-pedagang, demikian juga akan berlaku kepada ahli sastera.

Apabila berhimpun Zuhal dan al-Musytari pada satu buruj, dunia akan berubah di dalam semua keadaan dan urusan manusia juga akan mengalami perkara yang sama. Keluar pemberontak pembelot dari segenap penjuru terutama di Jilan dan Dailam. Mereka membunuh orang ramai dengan kejam, melahirkan ketakutan dan kesusahan, tabiat orang ramai akan berubah, akan hilang sifat malu dan kemanusiaan. Sifat tamak menguasai. Akan bertambah kerosakan, terutamanya perempuan sehingga mereka menggugurkan anak-anak mereka, melahirkan anak-anak haram, menumpahkan darah, pembunuhan dan kelaparan.

Apabila berhimpun al-Musytari dan 'Atarid dunia akan ditimpa penyakit taun dan berlaku permusuhan di kalangan manusia.
Apabila bulan menaiki di atas Zuhal, raja segala raja akan mati.
Apabila berhimpun Bahram dan 'Atarid pada Scorpio, maka itu adalah bukti pembunuhan Raja Babylon.
Apabila al-Musytari dan Zuhrah berhimpun pada Scorpio, itu adalah bukti ketakutan dan penyakit di Babylon.
Apabila berhimpun matahari ke arah Scorpio, itu adalah bukti perpecahan Rom dan pembunuhan raja mereka.
Apabila berhimpun Marikh dan 'Atarid kearah Scorpio, itu adalah bukti kemusnahan istana raja Babylon dan Farsi.
Apabila berhimpun matahari dan bulan ke arah Scorpio dan Bahram pada Saratan, maka jika anda mampu untuk memasuki mana-mana lubang di bumi, maka anda boleh melakukannya.
Apabila Zuhrah dan al-Musytari berhimpun, maka perempuan-perempuan menjadi takut kepada suami-suami mereka secara permusuhan.
Apabila turunnya Kiyawan al-Tarfah, maka akan berlakulah taun di Iraq dan ramai akan mati.
Apabila turunnya al-Tarfah ke atas yang lain, maka akan berlaku di bumi Iraq pembunuhan dan fitnah.
Apabila turunnya al-Nathbarah, akan bertukar wilayah di Iraq dan orang ramai akan menghadapi bala yang besar..... (*ada lagi..)


Mungkin saja ungkapan-ungkapan alamat-alamat bencana ini mengundang rasa kepelikan-kepelikan yang memerlukan kajian terperinci, ilmu astronomi dan menghubung-kaitkan semua maklumat2 kejadian dunia. Mungkin saja kejadian2 itu sudah pun berlaku...
atau berhenti saja dari memeningkan kepala mengkajinya...

Apa pun kita tidak terlepas dari usaha2 atau aktiviti2 melalui Qadar2 Allah yang telah ditetapkan ukuran2nya, dan bila kita laksanakan akan terjadilah Qadha'Nya(ketentuanNya)..(*rujuk perbahasan Qadha' dan Qadar)

Cumanya pergerakan dunia kearah malapetaka,kemusnahan,kemerosotan dan pelbagai kejadian2 yang menakutkan kita telah mengundang rasa tanda-tanya apakah bentuk kemusnahan yang diluar kawalan kita ini dapat difahami lebih awal melalui isyarat-isyarat seperti diatas.... apakah ada "significant"...

Kami kongsikan seluas-luasnya untuk yang sudi membuat KAJIAN...
sekian dulu...

No comments:

Post a Comment