Wednesday, December 30, 2009

KUBUR NABI


Kami belum dapat mempastikan apakah benar ini pemandangan didalam kawasan kubur nabi. Mungkin ada yang dapat membantu mengesahkannya.
Namun apa yang menjadi kepastian adalah cinta dan rindu kami telah menghangatkan kami untuk membuat kajian demi kajian sehingga habis usia kami menjadi PENGKAJI sekali gus PENGIKUT Nabi Muhammad saw yang sebenar. Kami ingin bertekat bahawa akan mengkaji sedalam-dalamnya tentang Rasul terakhir ini dan segala yang bersangkutan dengannya.
Kerana zaman ini zaman yang amat canggih rasanya tiada banyak halangan dari sudut ilmiah untuk menjadi seorang pengkaji yang akan menemui rasul kesayangannya dari sudut ilmiah. Kami mengharapkan bimbingan Allah dan juga rakan cyber yang dapat membantu.
Dari sini kami bermula semoga akan menemukan kaedah-kaedah kajian dan sumber2 yang ada di maya dan sebarang dokumen lainnya. Pandangan2 dari semua yang melintasi daerah ini juga diharap dapat membantu insyaAllah. Semoga jadi bekalan habuan akhirat dan alam barzakh yang sangat misteri. Salaam.

No comments:

Post a Comment